PEMILIHAN
BAHAN INTERNET UNTUK
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
Bahan
pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku
teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah
satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana
kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai
rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses
P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan
bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan
seperti berikut:
- Bahan sastera
- Bahan tatabahasa
- Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan
aspek pendidikan, sebelum
guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk
pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai
bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian
dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang
digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara
ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka
kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih
Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan
kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain.
Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya
sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan
tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis
seperti:
- Syair
- Pantun
- Seloka
- Gurindam
- Puisi
- Cerita Pendek
Pemilihan
bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim
Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah
seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan
bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek
terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut
ialah:
Pemilihan
bahan tatabahasa
Tatabahasa
merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan
proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang
tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang
bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang
mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas
pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan
tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus
melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan
kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis
tatabahasa
Jenis-jenis
tatabahasa
Jenis-jenis tatabahasa boleh diperolehi melalui laman
web
Dalam laman web
ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya
Jenis-jenis
tatabahasa
-
Kata nama
-
Kata Hubung
-
Kata kerja
-
Kata sendi nama
-
Kata nama khas
Memilih
bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan
melayari pelbagai alamat URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:
No comments:
Post a Comment